PETALING JAYA: Salcon Berhad (Salcon) mengumumkan anak syarikatnya, Fortune Command Sdn. Bhd. (FCSB), yang dipegang melalui cabang tenaga boleh diperbaharui (RE), Inergist Sdn. Bhd. telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) dengan HeveaBoard Berhad (HeveaBoard). Di bawah SPPA itu, FCSB bertanggungjawab untuk memasang sistem solar fotovoltaik (Solar PV) dengan kapasiti 862.5 kWp di atas bumbung kilang pembuatan papan partikel HeveaBoard di Gemas, Negeri Sembilan secara binaan-operasi sendiri, untuk tempoh 25…










