HONG KONG: Saham-saham Asia jatuh pada dagangan hari ini, menghentikan kenaikan besar yang dibuat minggu ini, didorong oleh data perindustrian baharu China yang menunjukkan kelemahan berpanjangan dalam sektor hartanah. Perkembangan tersebut menjejaskan keyakinan pasaran baru-baru ini tentang pemulihan dalam ekonomi negara kedua terbesar dunia itu, lapor Reuters. Walaupun data yang dikeluarkan minggu ini menunjukkan sektor perindustrian dan runcit China kembali pulih, kejatuhan mendadak dalam pelaburan hartanah dan harga rumah yang…










