PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dalam tempoh antara 12 hingga 15 bulan akan datang. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mengiktiraf aktiviti CCUS sebagai salah satu strategi baharu pertumbuhan hijau dan rendah karbon di negara ini dengan menyediakan insentif yang menarik kepada pelabur. Menurut beliau, CCUS juga telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada empat bidang pertumbuhan baharu di bawah Pelan…










