KOS sara hidup yang tinggi dan sewa rumah yang mahal mendorong seorang bapa berulang-alik sejauh 78 kilometer dari rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur setiap hari. Kazmirshafiq Kamarudzaman, 35, yang bekerja sebagai pembantu operasi, menunggang motosikal dari rumah seawal pukul 5.30 pagi dan akan berhenti menunaikan solat subuh di hentian rehat dan rawat (R&R) sebelum meneruskan perjalanan ke pejabatnya. Bila tiba waktu pulang pula, dia…