PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS), susulan kenyataan `hawkish’ Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell mengenai dasar monetari negara itu, kata penganalisis. Pada pukul 9.03 pagi, ringgit jatuh kepada 4.7220/7275 berbanding dolar AS, daripada kadar penutup semalam pada 4.6895/6965. Memetik laporan Bernama, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS dua…










