PETALING JAYA: Ringgit melanjutkan aliran menurun apabila dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini selepas dolar terus mengukuh berikutan data ekonomi AS yang menggalakkan, kata peniaga. Pada pukul 9.05 pagi, ringgit jatuh kepada 4.6825/6875 berbanding dolar daripada 4.6735/6805 pada penutup semalam. Memetik laporan Bernama, pedagang ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pergerakan menaik dolar AS berlaku selepas pengeluaran data tuntutan pengangguran awal AS, lebih rendah daripada jangkaan, menunjukkan ekonomi negara…










