PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, apabila berlaku pembetulan teknikal berikutan `rali’ yang besar dalam tempoh tiga hari dagangan lepas, kata penganalisis. Pada pukul 9.05 pagi, ringgit menyusut kepada 4.6550/6600 berbanding dolar daripada kadar penutup 4.6340/6400 semalam, memetik laporan Bernama. Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata, hasil Amerika Syarikat (AS) telah menaik dan memperkenalkan elemen pembetulan kecil kepada keyakinan yang tidak putus…










