PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus lemah berbanding dolar Singapura dengan penganalisis meramal ia boleh mencapai paras terendah RM3.49 menjelang akhir tahun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, pengukuhan dolar Singapura didorong oleh kedudukan negara itu sebagai hab kewangan dunia. Katanya, kedudukan itu memberi kekuatan kepada Singapura dari segi pengukuhan asas ekonomi dan kewangan, seterusnya menjejaskan nilai ringgit. Beliau berkata, berbeza dengan dolar Amerika…










