Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar kepada RM4.68

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar kepada RM4.68

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan permintaan terhadap dolar berkurangan dan hasil Perbendaharaan AS merosot, kata penganalisis.

Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS, daripada penutup semalam, pada 4.6695/6755, memetik laporan Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, tuntutan pengangguran AS meningkat kepada 220,000 minggu lepas daripada 218,000 sebelumnya, menunjukkan pasaran buruh negara itu beransur-ansur lemah, menyebabkan Rizab Persekutuan (Fed) berkemungkinan mengekalkan kadar faedah bulan depan.

Beliau berkata, hasil Perbendaharaan AS dua dan 10 tahun adalah tujuh dan sembilan mata asas lebih rendah masing-masing pada 4.84 peratus dan 4.44 peratus, manakala indeks dolar AS stabil sekitar 104 mata.

“Oleh itu, ringgit sepatutnya berada pada trajektori positif hari ini,” katanya.

Di dalam negara pula, beliau menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga 2023 (3Q 2023), dijangka diumumkan tengah hari ini, mencatatkan pertumbuhan pada 3 peratus, lebih baik sedikit daripada 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

“Perkara utama ialah perbelanjaan berhati-hati dalam kalangan pengguna, bersama-sama dengan kelemahan dalam permintaan luar akan memastikan KDNK berkembang pada kadar sederhana,” katanya.

Pada pukul 9 pagi, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.1090/1132 daripada 3.0963/1005 pada penutup semalam, jatuh berbanding pound kepada 5.8152/8226 daripada 5.8103/8178 sebelumnya, tetapi lebih tinggi sedikit berbanding euro pada 5.0824/0889 daripada 5.0832/0897.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4765/4812 daripada 3.4737/4784 pada Khamis, dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.42 daripada 8.40/8.41 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.2256/3511 daripada 13.2065/2286, tetapi meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.0/301.5 daripada 301.1/301.7 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×