PETALING JAYA: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi ini, berikutan pengambilan untung sederhana pada mata wang tempatan, berikutan peningkatan mendadak baru-baru ini, kata penganalisis. Pada pukul 9.20 pagi, ringgit diniagakan rendah pada 4.69600/7015 berbanding dolar AS, daripada penutup semalam pada 4.6695/6755, memetik laporan Bernama. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, dari segi luaran, data AS terus menunjukkan bahawa ekonomi…










