PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi sedikit hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS, apabila hasil Perbendaharaan AS menyusut nilai, memetik laporan Bernama. Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7040/7090 berbanding dolar AS, daripada penutup Jumaat lalu pada 4.7065/7105. Pasaran ditutup semalam, sempena cuti ganti Deepavali. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut satu mata asas kepada…










