PETALING JAYA: Plenitude Berhad merekodkan pendapatan sebanyak RM361.7 juta bagi tahun kewangan 2023 (TK2023) dipacu oleh setor hartanah dan hospitaliti. Menurut syarikat itu, prestasi kukuh berkenaan didorong oleh pendapatan memberangsangkan daripada penjualan hartanah teres, kadar penginapan di rangkaian hotel yang lebih tinggi serta peningkatan kadar purata sewa bilik. Berikutan keputusan kewangan itu, Kumpulan mencadangkan dividen peringkat tunggal sebanyak 3.0 sen sesaham, semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam. “Pendorong utama pendapatan…










