PETALING JAYA: Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM142.7 bilion, meningkat 6.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagi perbandingan suku tahunan, perdagangan borong dan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM424.9 bilion pada suku tahun ketiga, tumbuh 6.8 peratus tahun ke tahun. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang meningkat 6.9 peratus atau…










