PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melihat potensi besar bagi meningkatkan perdagangan dengan Indonesia menerusi aktiviti pembangunan infrastruktur terutamanya di ibu negara baharu, Ibu Kota Nusantara (IKN). Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam pertemuan dengan Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN) di Jakarta. “Pengumuman Presiden Indonesia (Presiden Jokowi) mengenai pemindahan ibu negaranya dari Jakarta ke IKN mewujudkan peluang bagi syarikat-syarikat Malaysia…










