ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama-sama Kerajaan Negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini. Pelaburan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi itu diterajui oleh sektor pembuatan, diikuti oleh sektor pelancongan, logistik, pertanian, dan ekonomi digital yang membuka hampir 3,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, komitmen NCIA untuk memajukan inovasi, memupuk bakat tempatan…










