MRCA jangka industri runcit meningkat 3.5 peratus tahun depan 

MRCA jangka industri runcit meningkat 3.5 peratus tahun depan 

MAJLIS Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Web Bytes Sdn. Bhd. dengan E3 Capital Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Timbalan Presiden Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA), Datuk Ken Phua, menjangkakan unjuran pertumbuhan runcit pada kadar 3.5 peratus di tahun 2024.

“Pada tahun hadapan, saya meramalkan pertumbuhan runcit akan meningkat pada kadar 3.0 hingga 3.5 peratus dan melibatkan semua sektor termasuk sektor makanan dan minuman (F&B).

“Kuasa membeli semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan,” katanya pada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Web Bytes Sdn. Bhd. dengan E3 Capital Sdn. Bhd., hari ini.

Ken Phua berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ke tahun, buat pertama kalinya mencapai 3.9 peratus.

“Secara objektifnya, runcit akan memenuhi sasaran untuk empat peratus atau lebih.

“Saya mengatakan secara optimistik adalah kira-kira 4.2 peratus pertumbuhan KDNK untuk tahun ini dan kekal berdaya tahan untuk tahun hadapan dengan ramalan pada kadar lima peratus.

“Terdahulu pada tahun ini, suku kedua kekal negatif empat peratus, namun telah pulih dengan cepat pada suku ketiga padar kadar 2.6 peratus,” katanya.

Beliau menambah, secara keseluruhannya, MRCA melihat tahun ini mempunyai asas untuk mencapai pertumbuhan lebih tiga peratus untuk sektor runcit.

“Sektor peruncitan akan terus berkembang, sejajar dengan prospek KDNK,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat Web Bytes memeterai MoU dengan E3 Capital yang mengendalikan E3Hubs (komuniti usahawan) bagi mempercepatkan transformasi digital, terutama bagi ahli usahawan makanan dan minuman (F&B) dalam E3hubs.

Dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Web Bytes, Ooi Boon Sheng berkata, Web Bytes akan menaja penuh sistem Xilnex Cloud POS pada iPad dan Xilnex F&B Go Mobile Pos pada ahli E3Hubs untuk tahun pertama dan 30 peratus subsidi pada tahun kedua.

“Antara ciri dalam sistem Xilnex adalah integrasi program kesetiaan untuk online-to-offline (020), pesanan QRtanpa sentuh dan pembayaran DuitNow, serta integrasi jualan dengan aplikasi pihak ketiga sepertiGrabFood, foodpanda, dan ShopeeFood,” katanya.

Jelas Boon Sheng, transformasi digital penting bagi membantu peruncit F&B meningkatkan kecekapan operasi, mengawal kos dan meningkatkan pengalaman pelanggan disebabkan inflasi, kenaikkan kos SST dan kos buruh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif E3 Capital, Andrew Wong berkata, misi E3 Capital untuk memupuk inovasi dalam komuniti usahawan kami.

“E3Hubs telah mengenalpasti segmen F&B yang perlu diperkuat keupayaan dan pembangunan kapasiti dengan menyediakan sokongan perniagaan, akses pasaran dan akses kepada pembiayaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×