PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dinobatkan ‘Pengeluar Tenaga Bebas Terbaik 2023’ pada Enlit Asia 2023 yang berlangsung di Indonesia, baru-baru ini. Anugerah diterima oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib. Dalam ucapan beliau, Anwar Syahrin berkata, Malakoff telah mengorak langkah dalam memajukan seruan kerajaan dan global untuk pecutan peralihan tenaga dalam usaha memerangi perubahan iklim. Beliau berkata, dalam usaha mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui…










