IPOH: Hospital Pakar KPJ Ipoh berharap, usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh sebagai lapangan terbang antarabangsa dapat direalisasikan bagi meningkatkan pelancongan kesihatan di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Pakar KPJ Ipoh, Badrul Hisyam Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan pelancongan kesihatan di sini. “Saya harap usaha tersebut dapat direalisasikan dan kita di Ipoh ini dapat memajukanlah bandar raya…