PETALING JAYA: Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset, mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM6.9 bilion untuk sembilan bulan (9B TK23) berakhir 30 September 2023, meningkat 21 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Keuntungan sebelum cukai (PBT) Maybank meningkat sebanyak 14.4 peratus tahun ke tahun (T-ke-T) kepada RM9.58 bilion. Menurut Maybank, keputusan yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil dan penambah baikan ketara dalam peruntukan rosot nilai bersih. “Pendapatan operasi bersih bagi sembilan bulan meningkat 3.6 peratus T-ke-T kepada RM20.38 bilion…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya