JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan prestasi perdagangan tertinggi di peringkat negeri dengan merekodkan jumlah perdagangan sebanyak RM563.31 bilion bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, angka itu menunjukkan Johor menyumbang sebanyak 29 peratus ke atas jumlah perdagangan negara iaitu RM1.941 trilion. Beliau berkata, Johor penyumbang utama kepada jumlah perdagangan negara diikuti oleh Selangor dengan RM561.85 bilion, Pulau Pinang (RM530.07 bilion) dan Sarawak (RM103.26 bilion). Katanya, daripada jumlah perdagangan negeri ini setakat September lalu, RM314.06 bilion membabitkan nilai eksport…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya