PETALING JAYA: Inflasi Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.8 peratus, terendah sejak April 2021, dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 128.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi didorong oleh kenaikan lebih rendah bagi kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol sebanyak 3.6 peratus (September 2023: 3.9 peratus), diikuti peningkatan perlahan kumpulan Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan…










