PETALING JAYA: Industri kenderaan elektrik (EV) Malaysia masih cacamarba apabila masih tiada strategi dan langkah komprehensif untuk menyokong penggunaan pengangkutan tersebut. Ini kerana, berlaku ketidakseimbangan antara pengeluaran kenderaan dan kemudahan pengecasan. Buat masa kini Malaysia hanya mempunyai 1,063 stesen pengecas di seluruh negara sedangkan kerajaan menyasarkan 1.5 juta EV dalam negara menjelang 2040 menyebabkan rakyat bimbang keupayaan kenderaan itu untuk bergerak lebih jauh di negara ini. Di samping itu, kenderaan…










