Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun 0.3 peratus Oktober 2023

Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun 0.3 peratus pada Oktober 2023

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluran Malaysia turun marginal 0.3 peratus pada Oktober 2023, selepas peningkatan 0.2 peratus pada bulan sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, sektor pembuatan turun sebanyak 0.7 peratus pada Oktober berbanding September – 0.8 peratus, membawa kepada penurunan dalam indeks keseluruhan bulan dilaporkan.

Beliau berkata, subsektor yang menyebabkan penurunan adalah pembuatan kok dan produk petroleum bertapis sebanyak -8.8 peratus, pembuatan produk makanan (-4.2 peratus) dan pembuatan bahan kimia dan produk kimia (-2.0 peratus).

Katanya, pada masa yang sama, indeks bekalan elektrik dan gas juga turun negatif 0.5 peratus, sementara sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 3.8 peratus (September 2023: 3.2 peratus) disebabkan peningkatan dalam indeks pengeluaran ternakan (4.3 peratus) dan penanaman tanaman kekal (3.8 peratus).

“Sektor perlombongan juga mencatatkan peningkatan kecil 0.5 peratus pada Oktober 2023 berbanding 6.9 peratus pada bulan sebelumnya, disokong oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (5.6 peratus). Selain itu, indeks bekalan air meningkat sebanyak 1.0 peratus,” katanya dalam kenyataan sempena laporan Indeks IHPR Pengeluaran Tempatan Oktober 2023.

Mohd. Uzir menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan menurun sebanyak negatif 0.3 peratus pada Oktober 2023 selepas mencatatkan peningkatan 0.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata, kebanyakan sektor menunjukkan penurunan kecuali sektor bekalan air yang mencatatkan peningkatan 0.8 peratus, sementara sektor pertanian, perhutanan dan perikanan turun negatif 1.5 peratus, dipengaruhi oleh indeks penanaman tanaman kekal (-2.5 peratus).

Katanya, sektor perlombongan pula merosot negatif 1.3 peratus, kesan daripada indeks pengekstrakan gas asli (-6.6 peratus) manakala sektor pembuatan turun perlahan negatif 0.1 peratus disebabkan indeks pembuatan produk makanan (-0.6 peratus) dan pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-0.6 peratus). Sektor Bekalan elektrik dan gas juga turun negatif 0.6 peratus bulan dilaporkan.

Perbandingan dengan negara lain, IHPR Amerika Syarikat meningkat sedikit 1.3 peratus berbanding 2.2 peratus pada September 2023. IHPR Jepun meningkat 0.8 peratus, perlahan daripada peningkatan 2.2 peratus pada bulan sebelum ini. Ini merupakan yang terendah dicatatkan sejak deflasi pada Februari 2021, disebabkan oleh penyederhanaan dalam kos peralatan pengangkutan dan minuman dan makanan.

Sementara itu, harga pengeluar China terus menurun sebanyak 2.6 peratus selepas penurunan sebanyak 2.5 peratus pada bulan sebelumnya, didorong oleh penurunan yang lebih perlahan dalam semua kategori, termasuk pemprosesan, bahan mentah dan perlombongan dan kuari.

Inflasi pengeluar India juga mencatatkan penguncupan 0.5 peratus (September 2023: -0.3 peratus), terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam bahan kimia & produk kimia, elektrik dan logam asas.

Konflik di Asia Barat, yang terbaru dalam kejadian yang luar biasa telah meningkatkan risiko geopolitik kepada pasaran komoditi global yang telah sedia tidak menentu.

Sebelum konflik meletus, harga tenaga telah meningkat pada suku ketiga 2023 berdasarkan indeks harga komoditi Bank Dunia, berikutan pemotongan bekalan minyak secara sukarela oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

“Walau bagaimanapun, setakat ini, kesan perang terhadap harga komoditi masih tidak berlaku. Harga minyak dan emas mungkin meningkat sedikit, tetapi kebanyakan harga komoditi kekal stabil.

“Walau bagaimanapun, sejarah menunjukkan peningkatan konflik menimbulkan risiko besar kepada harga komoditi, kerana ia boleh menyebabkan harga minyak dan komoditi lain melambung tinggi. Menurut ramalan garis dasar dari Tinjauan Pasaran Komoditi pada Oktober 2023 juga, harga komoditi dijangka menurun secara sederhana dalam beberapa tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×