PETALING JAYA: Honda Malaysia membuka tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Comfortable Runabout Vehicle (CR-V) generasi keenam di 101 pengedar di seluruh negara. Pelancaran CR-V baharu dijadualkan Disember ini, akan membolehkan syarikat mengakhiri tahun ini dengan prestasi yang kukuh. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, CR-V mempunyai sejarah selama 20 tahun sebagai model pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) yang dikeluarkan dari kilang pembuatan di Melaka pada…










