PETALING JAYA: Hasil sektor perkhidmatan tumbuh 7.6 peratus tahun ke tahun kepada RM584.0 bilion pada suku ketiga 2023 lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagi tempoh berkenaan sektor e-dagang merekodkan pendapatan sebanyak RM289.5 bilion, tumbuh 5.4 peratus tahun ke tahun atau 3.2 peratus suku ke suku tahun. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan dirangsang oleh prestasi yang menggalakkan bagi semua segmen di bawah sektor…










