Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan TikTok menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengekal dan meningkatkan pematuhan perundangan harta intelek dalam kalangan usahawan aktif dalam TikTok Shop. Kerjasama itu mencerminkan usaha MyIPO dan TikTok bagi memastikan bahawa dasar dan polisi penguatkuasaan harta intelek di platform TikTok selaras dengan akta harta intelek di negara ini. Pengerusi MyIPO, Ts. Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain berkata, kerjasama memfokuskan kepada cap dagangan (trademark) dan hak cipta…











