ALOR SETAR: Gading Kencana Sdn. Bhd. bersedia untuk memberi latihan keusahawanan solar kepada kariah masjid di seluruh negara selari dengan dasar kerajaan berkaitan peralihan tenaga. Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ir. Guntor Tobeng berkata, impak daripada penyertaan 40 ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Aman dalam latihan itu kelmarin sangat memberangsangkan bagi pihaknya. “Program anjuran bersama jawatankuasa Masjid Aman melibatkan kariahnya di mana kita hadir untuk memberi penerangan,…










