KUALA LUMPUR: Funding Societies, platform kewangan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersepadu terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, menjalinkan kerjasama strategik bersama Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI). Kerjasama ini bertujuan menyediakan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) halal akses kepada pembiayaan digital patuh syariah bagi memperkukuhkan pembangunan ekosistem halal negara. Selain itu, kerjasama bertujuan menyokong pembangunan industri halal tempatan…