PETALING JAYA: Enovix Corporation (Enovix), syarikat bateri silikon akan menubuhkan fasiliti pembuatan volum tinggi pertamanya (Fab2) di Malaysia dengan pelaburan sebanyak RM5.8 bilion (AS$1.2 bilion) dalam tempoh 15 tahun. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Enovix dalam kenyataan bersama berkata, pelaburan tersebut termasuk untuk barisan pembuatan pertama berjumlah RM315 juta (AS$70 juta) yang melibatkan bekerjasama dengan YBS International Berhad. Perkembangan tersebut adalah lanjutan daripada pengumuman awal pada Ogos 2023 lalu,…










