PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan akan menutup sementara langganan syer baharu dan tambahan syer kepada orang ramai pada 31 Disember 2023. Bagaimanapun, orang ramai masih boleh melanggan syer CBP di cawangan baharu yang bakal dibuka selepas tarikh berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, penutupan langganan syer tersebut berikutan CBP telah mencapai sasaran modal yang ditetapkan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan sehingga 2026. Katanya, pada Januari lalu, CBP…










