PETALING JAYA: Bursa Malaysia terus menunjukkan aliran rendah pada awal dagangan hari ini, disebabkan kekurangan pemangkin dan selepas prestasi bercampur-campur Wall Street pada Jumaat, kata pedagang. Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.63 mata kepada 1,457.04 daripada 1,460.67 penutup Jumaat. Indeks dibuka 0.41 mata lebih rendah pada 1,460.26, memetik laporan Bernama. Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 175 berbanding 167, manakala…










