PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih kukuh dengan kenaikan hampir semua sektor selepas laporan terbaharu menunjukkan inflasi AS berada pada trajektori menurun, seterusnya meningkatkan `pertaruhan’ kemungkinan pemotongan kadar faedah menjelang Mei, memetik laporan Bernama. Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sembilan mata kepada 1,460.72 berbanding 1,451.72 penutup semalam. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 496 berbanding…










