PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada pagi ini di tengah-tengah dagangan berhati-hati apabila pelabur menilai semula sentimen pasaran global, kata peniaga. Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.91 mata kepada 1,458.49 daripada 1,463.40 penutup semalam, memetik laporan Bernama. Indeks dibuka 2.81 mata lebih rendah kepada 1,460.59. Menurut laporan itu, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung sebanyak 185 berbanding 133, manakala…










