CYBERJAYA: Perbadanan Bioekonomi (Bioeconomy Corporation) melalui inisiatif bioteknologi dalam keterjaminan makanan, Bio-PINTAR berjaya menghasilkan penanaman sayur ladang tertutup menerusi teknologi pintar pertanian dalaman (SIF). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, SIF berkonsepkan penanaman menegak (vertical farming) dan berasaskan bioteknologi melalui penggunaan teknologi internet kebendaan (IoT) dan awan (cloud) bagi penanaman sayuran premium yang bebas daripada racun kimia di dalam persekitaran terkawal dan kondusif. Kata beliau, hasil pertama…