PETALING JAYA: Jumlah aset Maybank meningkat daripada RM945 bilion pada Disember 2022 kepada RM1.0 trilion pada September 2023 dan buat kali pertama ia melebihi paras RM1 trilion. Peningkatan jumlah aset itu didorong oleh peningkatan sebanyak 21 peratus keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) Maybank bagi sembilan bulan (9B TK23) berakhir 30 September 2023, berjumlah RM6.96 bilion, daripada tempoh sama tahun sebelumnya. Bagi tempoh berkenaan, Maybank, bank keempat terbesar di…










