YWM sumbang lebih RM200,000 kepada PINTA

YWM sumbang lebih RM200,000 kepada PINTA

MAJLIS penyampaian sumbangan oleh Yayasan Waqaf Malaysia kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyumbang sebanyak RM219,322.61 kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) melalui Dana Tabung Pendidikan YWM – PINTA.

Memuatkan artikel berkaitan…

YWM dalam satu kenyataan berkata, sumbangan berkenaan untuk melaksanakan Program Multimedia Tahfiz Madani di pusat-pusat tahfiz Al-Quran seluruh negara.

Menurut YWM, sumbangan berkenaan bakal memanfaatkan 20 institusi tahfiz di bawah PINTA dengan setiap institusi tahfiz akan dibekalkan dengan seunit komputer riba, pencetak pelbagai fungsi, dakwat pencetak, projektor dan skrin layar bagi pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani.

Jelas YWM, pelaksanaan program berkenaan turut mempunyai objektif utama antaranya untuk meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi digital dan elektronik di dalam Institusi Tahfiz selaras dengan perkembangan teknologi moden.

“Selain itu, kita juga mahu memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dengan bantuan teknologi serta akses kepada sumber pembelajaran yang lebih komprehensif serta meningkatkan kecekapan pengurusan Institusi Tahfiz.

“Akhir sekali adalah mempersiapkan Institusi Tahfiz di Malaysia bagi penggunaan PINTA Management System (PMS) dengan peralatan yang bersesuaian dan kemahiran ke arah pelaksanaan sistem elektronik,” katanya.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar kepada Timbalan Presiden PINTA, Zulkifli Hussain, disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi YWM, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN