KULAI: Sebuah syarikat pembekal infrastruktur berkaitan teknologi maklumat (IT) dari Taiwan, Wiwynn Corporation selesai membangunkan fasa pertama pusat integrasi pelayan komputer di negeri ini. Pengerusi dan Ketua Pegawai Strategi Wiwynn Corporation, Emily Hong berkata, pusat data yang dibangunkan di Senai Airport City itu adalah langkah penting bagi syarikat itu kerana merupakan pusat operasi pertama mereka di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana membantu memudahkan pembinaan…