Kerajaan perkukuh bantuan sosial secara bersasar

[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Kerajaan perkukuh bantuan sosial secara bersasar

Kenaikan pendapatan berdasarkan dasar gaji progresif dijangka turut menaikkan harga barang keperluan. – GAMBAR HIASAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan kekal komited untuk memperkukuh dan menyediakan program bantuan sosial secara bersasar terutamanya golongan mudah terjejas.

Usaha ini melibatkan perluasan inisiatif sedia ada seperti pindahan tunai, bantuan berbentuk barangan (in-kind), subsidi serta program perlindungan pendapatan dan persaraan.

Selain itu, program insurans sosial akan ditambah baik bagi memperluas liputan perlindungan seterusnya memastikan rakyat Malaysia mempunyai simpanan persaraan terkumpul yang mencukupi.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024, usaha juga akan diteruskan untuk memperkukuh intervensi pasaran buruh melalui program latihan semula seterusnya menjamin prospek pekerjaan kepada pekerja dalam situasi luar jangka.

Ujarnya, matlamat utama adalah untuk memastikan sistem perlindungan sosial yang inklusif dan saksama dalam melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup dan kesusahan yang tidak dijangka.

“Langkah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memberikan perlindungan sosial yang lebih cekap dan bersepadu seterusnya memastikan keberkesanan kos di samping mengurangkan ketidaksepaduan serta ralat pemasukan dan penyisihan.

“Walaupun ramai pekerja tidak formal berjaya didaftarkan semasa pandemik Covid-19, namun kerajaan terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan golongan ini khususnya dari aspek perlindungan dan insurans sosial.

“Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan akan menggalakkan carman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 TAkta 7891 dan skim persaraan bagi individu yang bekerja sendiri termasuk pekerja gig dalam sektor tidak formal.

“Langkah ini dapat memastikan pekerja tidak formal mempunyai jaringan keselamatan dan perlindungan yang kukuh bagi menghadapi situasi luar jangka,” katanya.

Selain itu, peraturan berkaitan kelulusan pelesenan dan perniagaan akan ditambah baik untuk menggalak dan memperkemas pendaftaran perniagaan sektor formal dan proses penggajian pekerjaan bagi memudah cara urusan menjalankan perniagaan.

Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk memperkukuh keselamatan sosial dan menggalakkan pengembangan sektor formal untuk manfaat semua pihak berkepentingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN