HASIL bukan cukai dijangka merosot sebanyak 13.8 peratus kepada RM64 bilion atau 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 ekoran hasil yang lebih rendah daripada pendapatan pelaburan. Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 mendedahkan, dividen tahunan daripada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) juga dijangka lebih rendah berbanding 2023. Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan itu, Petronas dijangka membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan bagi 2024…










