PETALING JAYA: Perjanjian pembelian Boustead Plantations Bhd. (BPlant) pada harga tawaran kekal RM1.55 sesaham dinilai pada premium dalam konteks sektor perladangan, menurut firma penyelidikan Kenanga Research. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk membeli BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham. Menurut kenyataan LTAT, ia berikutan Perjanjian Kerjasama Strategik (SCA) yang ditandatangani pada 24 Ogos 2023 telah ditamatkan secara bersama oleh Boustead Holdings Berhad (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK)…











