SME Bank lantik Muslim Hussain Pengerusi Bukan Eksekutif

SME Bank lantik Muslim Hussain Pengerusi Bukan Eksekutif

DATUK MUSLIM HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SME Bank mengumumkan pelantikan Datuk Muslim Hussain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

Menurut SME Bank, Muslim membawa bersamanya pengalaman kerjaya yang luas dalam sektor perbankan serta latar belakang yang kukuh dalam pengurusan risiko, dasar kredit dan pengurusan portfolio.

Tambahnya, beliau telah berkhidmat dengan SME Bank sejak 1 September 2018 apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

“Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Risiko dan juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Lembaga Pembiayaan dan Pelaburan, Jawatankuasa Lembaga Audit serta Jawatankuasa Lembaga Teknologi Maklumat SME Bank,” katanya dalam kenyataan.

Tambah SME Bank, kerjaya perbankan Muslim, lulusan Universiti Malaya pada 1982, menjangkau lebih 35 tahun, di mana beliau memegang pelbagai jawatan kanan dalam Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Agrobank antaranya Ketua Pegawai Risiko Agrobank dari 2011 hingga 2016.

Katanya, pelantikan beliau menekankan komitmen SME Bank terhadap kecemerlangan kepimpinan dan tumpuannya untuk memupuk pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan risiko dan operasi perbankan meletakkan beliau sebagai peneraju strategik yang bersedia untuk mengemudi SME Bank ke arah kejayaan yang berterusan, jelasnya.

“SME Bank yakin kepimpinan Muslim akan meningkatkan lagi misi SME Bank untuk memperkasa dan memartabatkan PKS di Malaysia. Kepakaran beliau akan memainkan peranan penting dalam membimbing SME Bank ke tahap kejayaan baharu dalam landskap kewangan yang dinamik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN