PETALING JAYA: SME Bank mengumumkan pelantikan Datuk Muslim Hussain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2023. Menurut SME Bank, Muslim membawa bersamanya pengalaman kerjaya yang luas dalam sektor perbankan serta latar belakang yang kukuh dalam pengurusan risiko, dasar kredit dan pengurusan portfolio. Tambahnya, beliau telah berkhidmat dengan SME Bank sejak 1 September 2018 apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. “Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Risiko dan juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Lembaga Pembiayaan dan Pelaburan, Jawatankuasa Lembaga Audit serta Jawatankuasa Lembaga Teknologi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya