PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan Isnin berikutan sentimen kekal lemah dengan ketiadaan pemangkin baharu, kata peniaga. Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.66 mata kepada 1,439.38 daripada 1,441.04 penutup Jumaat, memetik laporan Bernama. Indeks dibuka 0.69 mata lebih tinggi pada 1,441.73. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 248 berbanding 62, manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak…










