KULAI: Projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), dekat sini yang menelan kos RM11.9 mampu meningkatkan kapasiti pengendalian lima juta penumpang setahun. Pengerusi Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pembesaran Balai Berlepas LTAS yang bermula sejak Mac 2020 siap sepenuhnya pada Ogos lalu dan telah memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC). “Sebanyak RM11.9 juta diperuntukkan untuk membiayai projek yang meliputi 1,690…