Ringgit dibuka rendah, 4.72 berbanding dolar

Ringgit dibuka rendah, 4.72 berbanding dolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit terus diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berikutan data indeks pembuatan ISM AS yang lebih baik daripada jangkaan.

Penganalisis berkata, ia mendorong peniaga meningkatkan pertaruhan mereka pada kenaikan kadar November oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) seterusnya memberikan sokongan kepada dolar AS, lapor Bernama.

Pada 9.01 pagi ini, mata wang tempatan telah susut kepada 4.7220/7270 berbanding dolar AS, daripada penutup semalam pada 4.7150/7195.

Rakan kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu, dolar AS diniagakan lebih kukuh sedikit menjelang hujung minggu, dan pasaran meramalkan sikap hawkish Fed untuk terus memacu pasaran pertukaran asing.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata, peningkatan dalam indeks pengurus pembelian ISM AS boleh mendorong Fed meningkatkan kadar faedah pada November, seterusnya mengekalkan kadar lebih tinggi untuk tempoh lebih lama.

“Pada kedudukan ini, ringgit dijangka kekal lemah kerana pelabur lebih suka memegang dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun, di mana ia jatuh kepada 3.1507/1543 daripada 3.1492/1524 pada penutup semalam.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.9458/9511 daripada 4.9677/9725, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7075/7135 daripada 5.7358/7413

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7312/7498 daripada 12.7626/7796, dan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 304.0/304.5 berbanding penutup semalam pada 303.5/304.0.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.30/8.32 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4372/4411 daripada 3.4373/4409. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN