PMKS perlu rebut peluang insentif Pengukuhan Mikro Madani - Utusan Malaysia

PMKS perlu rebut peluang insentif Pengukuhan Mikro Madani

RIZAL NAINY (kanan) ditemui pada Program Pengukuhan Ekonomi Madani Wilayah Selatan di Hotel Holiday villa, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: SME Corp. Malaysia (SME Corp) hanya menerima pendaftaran daripada 27,054 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) hingga bulan lalu yang membolehkan mereka mendapat manfaat pinjaman.

Jumlah itu masih rendah berbanding jumlah PMKS yang berdaftar, iaitu lebih RM1.2 juta perusahaan.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, pihaknya akan mempertingkat lagi program kesedaran bagi menarik lebih ramai usahawan PKMS mendaftarkan perusahaan dan melayakkan mereka memperoleh pelbagai manfaat, terutamanya bantuan kewangan selain khidmat nasihat bagi meningkatkan perniagaan tersebut.

“PMKS sebenarnya mewakili 97.4 peratus bersamaan 1.2 juta perusahaan di Malaysia mengikut data tahun lalu, hampir 80 peratus atau 923,667 daripadanya adalah perusahaan mikro.

“Saya berharap PKMS seluruh negara rebut peluang untuk membuat pendaftaran bagi membolehkan mereka menerima pelbagai manfaat inisiatif diperkenalkan kerajaan, termasuk menerusi Program Pengukuhan Mikro Madani,” katanya selepas merasmikan Program Pengukuhan Mikro Madani Wilayah Selatan, di Holiday Villa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rizal memberitahu, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bagi memudahkan usahawan mikro memohon bantuan di bawah Program Mikro Madani ini.

“Usahawan mikro juga boleh menggunakan komponen Meet Me di bawah platform MyAssist MSME yang menyediakan khidmat nasihat perniagaan secara dalam talian sebagai satu bentuk fasilitasi perniagaan.

“Kami menjangkakan lebih 20,000 perusahaan mikro akan menerima manfaat di bawah Program Pengukuhan Mikro Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya