Petronas, Idemitsu bekerjasama percepat pembangunan SAF

Petronas, Idemitsu bekerjasama percepat pembangunan SAF

MAJLIS menandatangani memorandum persefahaman antara Petronas dan Idemitsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Idemitsu Kosan Co., Ltd. (Idemitsu) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan keupayaan merentas rantaian bekalan dan mengoptimumkan laluan ke pasaran untuk Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF).

Perjanjian itu menandakan langkah penting dalam komitmen berterusan kedua-dua syarikat untuk menghasilkan penyelesaian tenaga karbon yang lebih rendah untuk pelanggan di seluruh dunia.

Di bawah terma MOU itu, Petronas dan Idemitsu akan menumpukan pada kajian kebolehlaksanaan untuk meningkatkan kemungkinan stok suapan bio, analisis kos pengeluaran dan keselamatan dalam memastikan rantaian bekalan yang mantap dan cekap untuk pembangunan mampan SAF.

Ia termasuk meneroka potensi bekalan pokok bahan mentah minyak tidak boleh dimakan yang sesuai untuk menghasilkan SAF, seperti Pongamia dan Jatropha.

Di samping itu, kedua-dua syarikat juga akan berusaha mewujudkan rangkaian jualan dan pengedaran SAF yang mantap untuk memastikan kebolehcapaian SAF kepada syarikat penerbangan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Datuk Sazali Hamzah berkata, kerjasama dengan Idemitsu membina legasi hampir lima dekad untuk menangani keperluan tenaga yang sentiasa berubah di seluruh dunia.

“Dalam kerjasama terkini, rakan kongsi kami akan terus mendapat akses kepada kelebihan yang tersendiri, membolehkan kami menyampaikan hasil yang memberi kesan secara kolektif untuk manfaat pelanggan akhir.

“Ini adalah standard nilai yang ditawarkan secara konsisten kepada pelanggan perniagaan ke perniagaan kami,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah dan Pegawai Eksekutif Urusan Idemitsu, Masahiko Sawa berkata, memandangkan kedua-dua syarikat telah mengatasi pelbagai cabaran bersama-sama, pihaknya menjangkakan inisiatif baharu itu akan menyumbang kepada pencapaian neutraliti karbon dalam industri penerbangan melalui pelaksanaan awal dan penggunaan SAF dalam masyarakat.

“Idemitsu terlibat dalam pembangunan pelbagai bahan mentah dan pemasaran untuk SAF, dan kami akan memanfaatkan dan mengembangkannya lagi dalam kajian bersama ini,” ujarnya.

Dengan usaha berterusan dalam ruang penyelesaian tenaga yang lebih bersih, Petronas akan mempunyai kapasiti pengeluaran besar-besaran SAF dan jenis biobahan api lain menjelang 2026 melalui kilang penapisan bionya di Pengerang, Johor dan pemprosesan bersama di Melaka.

Ia akan membolehkan Petronas menguasai pasaran melangkaui penerbangan termasuk pengangkutan serta Formula One dan pasukan logistiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN