PETALING JAYA: Petronas menganugerahkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Aset Hayat Lewat (LLA) kepada Ping Petroleum Sdn. Bhd. (Ping Petroleum) untuk Kluster Abu di luar pesisir Semenanjung Malaysia. Kluster Abu terdiri daripada tiga medan yang dibangunkan iaitu Abu, Abu Kecil dan Abu SW Upthrown, dengan baki simpanan sebanyak lima juta tong. Kontrak tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Mohamed Firouz Asnan bagi pihak Petronas manakala Ping Petroleum…











