Motormaniac sasar 40,000 pengunjung 

Motormaniac sasar 40,000 pengunjung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bateriku.com menyasarkan sebanyak  40,000 pengunjung untuk acara Motormaniac Encore Edition pada 7 dan 8 Oktober ini.

Ketua Motormaniac, Wan Mikhail Faizi Azarol Faizi berkata, pada edisi April lalu di Pulau Pinang, acara tersebut telah menarik 10,000 pengunjung.

Beliau berkata, acara tersebut yanga akan diadakan di kawasan letak kereta MyTown Kuala Lumpur bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, akan menampilkan 450 kereta termasuk Continental, Concept Cars dan Supercars.

Pengunjung juga akan berpeluang untuk menyaksikan pelancaran khas kereta projek pertama Motormaniac iaitu Nissan Cefiro A31.

Katanya, sebanyak RM200,000 telah diperuntukan untuk menganjurkan acara selama dua hari itu.

“Kami juga teruja untuk mengumumkan kembalinya pertandingan Car Limbo dan 2-Step yang merupakan kegemaran orang ramai selain terkenal dalam acara tahunan pertama Motormaniac pada tahun lepas.

“Bukan itu sahaja, pada tahun ini, Motormaniac akan menyelitkan program dan aktiviti gaya hidup BBOY (Breakdance), BMX (Basikal) dan Hotwheels (Miniatures).

“Dengan harga tiket RM10 sehari, acara selama dua hari ini mengalu-alukan pengunjung dari semua lapisan masyarakat bukan sahaja dengan aktivitinya tetapi juga dengan pelbagai usahawan makanan dan minuman yang akan datang menyediakan trak makanan mereka sepanjang acara itu”, katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Batteriku.com, Azarol Faizi berkata, Batteriku.com adalah penyedia perkhidmatan yang juga mempunyai produk utama iaitu bateri jenama Astra dilancarkan pada April tahun lalu.

“Pendek kata, kami mempunyai rangkaian gig juruteknik yang akan pergi ke lokasi pelanggan, pasang bateri dan sebagainya sebagai perkhidmatan yang kami sediakan.

“Selain merapatkan komuniti peminat kereta, tujuan kami menganjurkan acara ini adalah supaya orang ramai lebih kenal Batteriku.com dan jenama produk Astra kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN