PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan sebanyak 6.9 juta pergerakan penumpang untuk lapangan terbang di Malaysia yang menyumbang 67 peratus daripada keseluruhan prestasi Kumpulan kepada 10.3 juta, pada September 2023. MAHB berkata, walaupun taufan melanda beberapa bahagian di China, Hong Kong, Macau, Filipina, Taiwan dan Jepun pada September 2023, lapangan terbang tempatan Kumpulan mencatatkan 3.3 juta jumlah penumpang antarabangsa, mencapai 79.3 peratus, pemulihan trafik tertinggi untuk trafik bulanan…










